Kepentingan

KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG KESELAMATAN JALAN RAYA

  • Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
  • Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
  • Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar

UNDANG-UNDANG & PERATURAN


Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.
Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang
wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah
melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua,
lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan
warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan
keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat
undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau
bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua
buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi
keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan
apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda
semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali
pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar
dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.
Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan
keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s