Iklan

Vodpod videos no longer available.

Advertisements
By Muna Azian Ezriyani

9 SEBAB KENAPA PEMANDU MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA

Terdapat banyak sebab mengapa rakyat asing menganggap rakyat Malaysia sebagai pemandu paling teruk di dunia. Jika kita mengkaji secara mendalam mengapa kita sebagai pemandu-pemandu di Malaysia dianggap begitu oleh rakyat asing, pastinya antara sebab tersebut ialah:

1) Disiplin yang lemah di kalangan pemandu

Disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu di Malaysia mengabaikan undang-undang di jalan raya. Contohnya seperti apabila menghadapi lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalanga maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.

2) Tidak mematuhi lampu isyarat

Sekali lagi, disebabkan disiplin yang lemah, pemandu-pemandu dan penunggang motosikal lebih cenderung untuk mengabaikan lampu isyarat. Ini merupakan satu lagi contoh di mana pemandu tidak mengikuti lampu isyarat. Jika diperhatikan terdapat beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika lampu merah akan bergerak kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu terlalu lama. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Pemandu kereta adalah dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati mengenai ini.

3) Memotong di sebelah kiri jalan

Memotong di sebelah kiri jalan tidak dibenarkan kerana ia berbahaya. Tetapi pemandu-pemandu Malaysia kelihatan gemar untuk menggunakan cara ini ketika memandu. Selalu kita lihat penunggang motorsikal yang gemar untuk memotong di sebelah kiri jalan.

4) Memandu terlalu laju

Walaupun terdapat papan tanda had laju di sepanjang jalan raya, tidak ramai yang mematuhinya. Kebiasaannya had laju untuk lebuhraya-lebuhraya persekutuan ialah 80 atau 90 kilometer sejam manakala lebuhraya-lebuhraya yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, had lajunya ialah 110 kilometer sejam. Banyak kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah akibat daripada memandu terlalu laju. Oleh itu, sila patuhi had laju. “Biar Lambat Asal Selamat”.

5) Tidak berhenti di persimpangan

Ramai pemandu dan penunggang motosikal mempunyai satu kecenderungan untuk tidak berhenti di persimpangan. Terutamanya di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat walaupun terdapat papan tanda “Berhenti” di situ. Cara sebegini mudah mengakibatkan kemalangan. Alangkah bagusnya jika semua pemandu di Malaysia dapat berhenti terlebih dahulu ketika di persimpangan. Kemudia lihat kiri dan kanan jalan, jika tiada kenderaan barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Dengan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

6) Tidak memakai topi keledar

Walaupun terdapat satu undang-undang yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal untuk memakai topi keledar, masih ramai yang tidak mengendahkannya terutama sekali di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Setiap tahun banyak kes kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kerajaan telah melancarkan banyak kempen untuk menggalakkan orang awam untuk memakai topi keledar. Baru-baru ini dalam satu kempen, sejumlah 135,000 topi keledar telah diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.

7) Kegagalan untuk menggunakan isyarat bila membelok

Penggunaan isyarat-isyarat dan penunjuk-penunjuk bila membelok adalah penting. Ia sebagai petunjuk kepada kenderaan lain di belakang dan hadapan anda. Kegagalan pemandu memberikan isyarat secukupnya ketika memasuki simpang mungkin akan menyebabkan anda dirempuh dari belakang oleh pemandu lain.

8) Memotong di garisan-garisan berkembar

Memotong di garisan-garisan berkembar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Oleh          itu, jangan sesekali melakukannya kerana ianya amat berbahaya. Kebiasaannya garisan-garisan berkembar ini ada di selekoh-selekoh tajam. Pemandu sama sekali tidak dapat melihat dengan jelas kehadiran kenderaan di hadapan. Ini juga merupakan faktor utama banyak kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia.

9) Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki

Di Singapura , kegagalan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki ketika ada yang mahu melintas adalah satu kesalahan yang serius. Walaubagaimanapun, di Malaysia pemandu-pemandu lebih gemar untuk meneruskan perjalanan walaupun melihat ada pejalan kaki yang mahu melintas di lintasan tersebut. Sikap ini cukup mengecewakan kerana ianya tidak menunjukkan rasa bertimbang-rasa dan bertanggungjawab di kalangan pemandu di negara ini.

Sumber : http://blogsekolahmemandu.wordpress.com/2010/12/12/9-sebab-kenapa-pemandu-di-malaysia-paling-teruk-di-dunia/

By Muna Azian Ezriyani

Program Keselamatan Jalan Raya Bersama JKJR

Pada hari Rabu, 8 Ogos 2011 seramai 40 orang murid Sekolah  Kebangsaan Khir Johari bersama 2 orang guru pengiring telah menghadiri program keselamatan jalan raya.

Kempen Keselamatan Jalan Raya ini anjuran Iskandar Regional Development Autority (IRDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Jabatan Pelajaran Johor. Dalam program tersebut pelajar telah diberi taklimat tentang keselamatan jalan raya serta berpeluang menaiki bas Iskandar Malaysia.

By Muna Azian Ezriyani

Pelajar sertai program keselamatan jalan raya

DIDIK. Kira-kira 200 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara, SK Damansara Jaya 1, SK Sungai Penchala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya menyertai program keselamatan jalan raya anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) baru-baru ini.Turut menjayakan program di Putrajaya itu ialah Perbadanan Putrajaya, syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong dan syarikat konsesi Lebuh Raya Sprint.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, program tersebut diadakan sebagai inisiatif untuk membangun dan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah.Agensi yang turut terlibat dalam program tersebut ialah pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

By Muna Azian Ezriyani

Tips Keselamatan Jalan Raya

8 Tips Keselamatan Jalan Raya

  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
By Muna Azian Ezriyani

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Keselamatan Jalan Raya…Semoga blog ini dapat memberi ilmu kepada pengunjung yang datang menjengah walaupun sekadar mencuci mata…Di harap anda sudi meninggalkan komen anda di sini…

By Muna Azian Ezriyani